APPLE IMAC : BERMASALAH AUTOSHUTDOWN SEBAB TAK SERVIS BERKALA
OKCS Damansara Perdana dikunjungi oleh seorang pelanggan. Beliau mempunyai Apple iMac yang sudah lama digunakan. Namun begitu, iMac beliau tidak dapat berfungsi seperti biasa. Beliau sangat kecewa kerana iMac tersebut adalah hasil pemberian ibunya sempena kecemerlangan yang diperolehi pada SPM yang lepas. iMac itu jugalah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah di universitinya.
Lepas dah lama hidup terus shutdown. |
Technician kami melakukan pemeriksaan kesuluruhan dan mendapati terlalu banyak habuk didalam iMac tersebut. Jika dibiarkan, komponen – komponen boleh rosak dibuatnya. Contohnya, kipas. Dalam kehidupan sebenar kita, kipas digunakan untuk menyejukkan kita tatkala suhu dunia yang semakin meningkat ni. Tiada kipas? Mandi peluh la jawabnya. Kalau ada kipas pun, tapi dipenuhi habuk. Agak-agak sejuk ke? Lepas cuci kipas panas lagi ke?? Sama la seperti komputer. Kipas berhabuk macam mana dia nak sejuk.
Tebalkan habuk tu? |
Technician kami pun melakukan servis secara berhati-hati. Servis nak buang habuk ni jangan cuba-cuba cuci macam sapu sawang pulak. Kena perlahan-lahan dan hati-hati kerana komponen-komponen didalam komputer amatlah sensitif. Kipas juga ditukar kepada yang baru. Tempoh servis + penukaran kipas ambil masa yang singkat sahaja. Tapi dengan lambakan pelanggan, kami perlulah menyelesaikan masalah-masalah mereka yang datang awal terlebih dahulu.
Nasib baik datang servis, kalau dibiarkan lagi teruk nanti. |
Pemasangan semula setelah diuji dan dapat berfungi seperti baru. |
Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira kerana komputer pemberian emaknya masih boleh dihidupkan. Hadiah orang tersayang bagi, siapa la yang tak sayang kan? Beliau juga lega kerana selepas ini senanglah nak buat tugasan yang pensyarah bagi. Katanya segan nak pinjam laptop kawan lama-lama. Rosak nanti, bertambahlah masalah. Terima kasih, kerana mempercayai servis dari OKCS.
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Penulis,