KEDAI REPAIR LAPTOP KOTA DAMANSARA AKAN DEDAHKAN APA SEBAB LAPTOP SLOW
Stress betul! Masa nak siapkan kerja bos bagi ni la masa laptop ni buat hal! Kerja guna Microsoft Word je, tapi lambat betul loading! Tak guna betul! Pernah tak rasa situasi yang sama? Perkara biasa la tu bila laptop SLOW. Memang boleh naik darah kan. Tak apa, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara sebab laptop slow ialah:
- Processor Bawah 2.0 Ghz
Yang ini memang bahagian yang penting.
- (Pengguna Windows)
1. Right click My Computer –> Properties
2. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?
- (Pengguna Macbook)
1. Click logo Apple & About this macbook
2. Tengok bahagian processor & Berapa GHz yang dipamerkan?
Kalau atas 2.0 GHz tapi still slow, pasti laptop anda ada masalah.
Kalau bawah 2.0 GHz, saya cadangkan upgrade RAM kepada maximum.
2. Kipas Laptop Rosak/Overheat
Antara salah satu sebab laptop slow dan overheat bila kipas dah tak function lagi.
Antara cara untuk mengesannya apabila tiada lagi kedengaran bunyi kipas atau tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) pada laptop anda.
Saya nasihatkan hantar ke kedai untuk technician check keadaan kipas laptop anda.
3. Hard Disk Ada Bad Sector
Cara check, biasa saya guna software Hiren. Software ni dia ada tunjuk health hard disk anda.
Kalau bawah 99% memang hard disk ada masalah. Dan ini juga sebab laptop slow. Kebiasaannya hard disk akan bermasalah selepas 2 tahun digunakan kecuali anda menggunakan SSD.
Saya nasihatkan cepat backup data di external hard disk, takut total lost nanti (corrupt).
4. Virus Infected Pada File
Ni memang bahaya! Virus adalah sebab laptop slow dan tak kira masa berpotensi nak infected kat laptop anda.
Yang bahaya sekali bila terjadi file shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.
Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.
5. Terlalu Banyak Program Yang di Install
Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall sahaja.
Sebab selalunya software-software adalah sebab laptop slow dan berat.
6. Laptop Tak Ada Antivirus
Bila awak check ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.
Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?
7. File TEMP Yang Terlalu Besar
1. Tekan Start & Taip Run
2. Taip & TEMP% & Enter
3. Select all semua file, kemudian delete.
* semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.
* delete semua tau! sebab buat semak je space hard disk awak.
8. Spesifikasi Laptop Terlalu Lama
Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai.
9. Terlalu Banyak Startup Program
Download CCleaner, software ini boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.
Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.
10. RAM Bawah 2 GB
Cara check bagi:
(Pengguna Windows)
1. Right Click My Computer –> Properties
2. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?
(Pengguna Macbook)
1. Click logo Apple kemudian klik About this macbook
2. Tengok bahagian RAM & lihat berapa GB yang MacBook anda gunakan
Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk LAJUKAN laptop awak.
Anda ada masalah laptop slow ?
Tak tahu dimana kedai repair laptop Kota Damansara ?
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Zaim Halib