Hi! Ni sis nak share la sikit kan. Zaman la ni ramai bebenor yang dok nak pakai iphone kan? Tapi ramai yang tak beli Iphone Original malah beli yang Refurbished. Refurbished itu macam mana pula ye? Apa kebende lak tu? Ha tu yang sis nak share dengan uolls ni.
Paling banyak dijual sekarang ni ialah refurbished tak official.
Kalau nampak iPhone 5 atau 5S yang dijual kat Insta murah-murah, dan dilabel sebagai “set baru”, 99% kemungkinan itu refurbished tak official.
Korang kena tahu, Apple dah stop production iPhone 5 dan 5S sejak setahun setengah yang lalu, tak mungkin masih berlambak ‘stok baru’ dijual.
Refurbished Tak Official ni konsep dia macam ni :
Motherboard Apple yang ori, dimasukkan dalam sparepart iPhone yang BUKAN dpd Apple (Tak ori), di-packaged balik, dan dijual dgn harga murah.
Refurbished Official ni konsep dia sama je, cuma sparepart yang diganti adalah sparepart ori daripada Apple.
Biasanya Official Refurbished ni akan ditulis terang-terang kat kotak atau website dgn ayat APPLE CERTIFIED PRE-OWNED.
Official Refurbished dijual balik dgn harga yang agak murah, tapi sangat jarang dijual di Malaysia, kecuali pada waktu-waktu tertentu.
Memang geram tengok kat Insta ada orang jual iPhone set baru dgn harga murah tak masuk akal, tapi kita kena tahu apa risiko dia.
Disebabkan set iPhone refurbished ni dah diganti dgn sparepart third-party (Bukan daripada Apple), of course la kualitinya tak sebaik set original yang betul-betul ori.
Antara masalah yg boleh berlaku pada set refurbished ialah skrin yang lebih mudah retak/pecah, butang yang cepat rosak, masalah bateri kembung atau bateri cepat mati.
Bukan nak kata kalau beli refurbished akan terus rosak, tapi kemungkinan untuk ada kerosakan lebih tinggi berbanding set original.
Benda ni senang nak faham. Semua jenis barang Apple yang dibukak body atau dibaiki selain daripada Apple Service Center, maka akan ditamatkan warranty serta-merta.
Rugilah, baru beli set baru dah tak dilindungi oleh warranty.
Eh? Iphone uolls ada masalah? WS di 0123653285 untuk ‘story’ sikit masalah iphone tu.