Skip to main content
Perbandingan-Intel-AMD
Membina atau membeli sebuah komputer peribadi bermula dengan pemilihan jenis CPU atau Central Processing Unit sememangnya bukan satu tugas yang mudah. Melainkan anda memiliki ilmu yang secukupnya dalam memahami keperluan dan jenis-jenis perkakasan yang akan digunakan untuk melengkapi keseluruhan sistem komputer berkenaan.
Ibarat otak kepada sistem komputer peribadi, pemilihan jenis CPU seterusnya bakal menentukan jenis motherboard apa yang kita perlukan bagi kerja-kerja pemasangan komputer sendiri.
Bagi pengguna yang mengikuti rapat perkembangan teknologi semasa, terdapat dua jenama processor yang tidak asing lagi sering digunakan pada komputer peribadi; Intel dan AMD. Sejak dari zaman Siti Nurhaliza nyanyi lagu Cinta IT untuk kempen Koridor Raya Multimedia (MSC) sekitar penghujung dekad 90’an dulu sampailah sekarang, dua jenama ni je la yang orang ramai tahu bila nak pilih processor.
Banyak faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan jenis CPU mana yang patut kita pilih, antaranya;

Harga

Bagi pengguna bajet, AMD merupakan pilihan utama kerana wujudnya persepsi dikalangan pengguna bahawa cip keluaran AMD adalah lebih murah berbanding Intel. Buat masa ini, cip keluaran AMD sememangnya lebih murah berbanding Intel.
Tapi, itu hanya untuk CPU yang entry-level dan high-end dan bukannya pada mid-range. Bagi mid-range dan high-end, kedua-dua AMD dan Intel tidak jauh beza harganya antara satu sama lain.
Tambahan pula, walaupun cip high-end AMD dari segi harga adalah jauh lebih murah berbanding Intel, namun ia memerlukan perkakasan penyejukan tambahan bagi mengekalkan kestabilan dan mengawal suhunya yang mudah panas. Faktor kepanasan cip AMD ini berpunca dari bilangan terasnya yang terlalu banyak di dalam satu cip (ini kita akan cerita kemudian).AMD Sempron 3850
Berbalik kepada soal harga tadi, bagi model entry level, AMD menawarkan AMD Sempron 3850 Quad Core yang dijual pada harga sekitar RM159. Manakala pada Intel pula, pada masa ini menawarkan Pentium G3260 pada harga RM258.
Paling mahal, Intel menawarkan Core i7-5820K pada harga RM1688. Bagi AMD pula, CPU paling mahal yang ditawarkan buat masa ini adalah sekitar RM799, iaitu FX-8350 Eight Core.

Prestasi

Jika anda mengutamakan prestasi terbaik tanpa melibatkan soal harga, anda pilih sahaja Intel. Ia bukan sahaja mendapat rating yang semakin bagus dalam benchmark, processor Intel juga kurang menghasilkan haba disamping memiliki TDP (thermal design point) yang lebih rendah.
Hal ini berikutan penggunaan teknologi Hyperthreading yang mula digunakan pada CPU Intel sejak dari tahun 2002. Hyperthreading membuatkan teras-teras yang ada terus kekal aktif dan mengelakkannya dari ‘tidur’ terutama pada operasi-operasi yang ringkas.Intel Pentium G3260
AMD pula, lain ceritanya. Ia mengutamakan penambahan bilangan teras ke dalam CPUnya. Di atas kertas, ia membuatkan cip AMD tampak lebih pantas dari Intel. Namun, harus diingat faktor penghasilan haba yang terlalu besar pada pemproses berbilang teras yang terlalu banyak mampu mengurangkan prestasi sesebuah processor secara keseluruhannya.
Oleh sebab itu, AMD walaupun memiliki bilangan teras yang lebih banyak berbanding Intel mengalami masalah prestasi akibat faktor rekabentuk berbilang terasnya yang sukar untuk disejukkan. Kegagalan CPU untuk beroperasi pada suhu yang optimum boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi. Malah, ia juga boleh memberi kerosakan kekal terhadap pemproses berkenaan.

Grafik

Bergantung kepada keperluan anda, kualiti grafik yang dijana oleh kedua-dua pengeluar CPU ini sudah memadai bagi kegunaan biasa termasuk menonton video berkualiti HD (high definition). Tapi, bagi anda yang inginkan bermain game dengan tetapan terbaik, sebaiknya anda memasang kad grafik pada komputer desktop anda.
Walaupun begitu, teknologi grafik yang sedia ada pada CPU hari ini sudah cukup baik untuk anda memainkan permainan-permainan yang tidak memerlukan keperluan grafik yang tinggi seperti DOTA 2 atau League of Legends.AMD A6 APU
Sebelum ini, AMD mengungguli prestasi grafik berintegrasi melalui penggunaan cip Radeon pada CPU nya. Namun, akhir-akhir ini Intel mengekori rapat dalam menawarkan grafik yang setara melalui kehadiran Intel Iris Pro.
Pada pendapat saya, AMD adalah pilihan terbaik bagi pengguna yang inginkan grafik berintegrasi. Manakala Intel pula berfungsi dengan lebih baik melalui penggabungan kad grafik berasingan.

Overclock

Sesetengah komputer dan CPU yang baru dibeli mempuyai kelajuan klok yang telah ditetapkan (lock) oleh pengeluarnya dan ia tidak boleh sewenang-wenangnya ditingkatkan (overclock). Ini selalunya terdapat pada CPU Intel entry-level.
Bagaimanapun, hal ini tidak berlaku pada cip-cip pemproses AMD pada peringkat entry-level. Kesemua pemproses AMD boleh dibuat overclock melalui penggunaan perisian seperti AMD Overdrive.
Intel Core 6th GenCip pemprosesan Intel yang telah unlock pula boleh didapati pada jenis Core i5-6600K dan ke atas. Dari segi prestasi, cip Intel yang overclock memiliki kepantasan yang lebih baik dari cip AMD yang telah overclock.

Kesimpulan

Dari sudut harga terutamanya pada entry-level, tentunya saya sendiri memilih AMD sebab ia adalah paling murah. Namun, dari segi pelaburan jangka panjang saya merasakan pembelian CPU Intel, tanpa mengira kategori, dapat memberikan pulangan yang setimpal.
Credit : http://anakaskarpencen.com/blog/2016/06/intel-dan-amd-2016/
Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, call/whatsapp kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi
KENAPA ANDA PERLU REPAIR DENGAN KAMI “OK COMPUTER SOLUTION”

SIAPA OK COMPUTER SOLUTION??

Merupakan syarikat yang membekal dan membaiki yang telah berdaftar dengan IPO yang telah menggembirakan pengguna-pengguna laptop dan macbook pada tahun 2008 sehingga sekarang.


MENGAPA PILIH OK COMPUTER SOLUTION??










Kami juga mudah di hubungi :
    

        



   #kami mempunyai 12 cawangan di semenanjung Malaysia

Leave a Reply

X