Skip to main content
appleimacrepair imac

APPLE IMAC : REPAIR MOTHERBOARD IMAC

By June 8, 2015No Comments

Video diatas adalah kiriman seorang pelanggan kami, yang mana imac beliau telah mengalami masalah paparan. Apakah yang anda faham pada situasi diatas???  Adakah skrin imac nya rosak??? Adakah ini masalah software??? Anda boleh zoom gambar-gambar dibawah untuk melihat dengan lebih jelas :

Hampir 30% pelanggan kami datang membawa imac mereka yang bermasalah seperti diatas. Baiklah saya akan ceritakan bagaimana punca berlakunya masalah paparan ini dan cara penyelesaian bagi masalah diatas 

PUNCA


Selalunya masalah ini berpunca dari chipset Nvidia atau chipset Amd yang dah rentung terbakar.Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien.

Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun.Bagaimana hendak mengelak masalah ini? Sila klik sini

PENYELESAIAN


Kami memberikan penyelesaian utama.
Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!
Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar

Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin imac anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard, Oleh kerana chipset grafik adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset grafik kad biasa.


Jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk, maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung.

Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM2000 ke RM3000
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke???

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

– heat gun
– reball
– reheat
– resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

– Dapat chipset baru
– Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
– Tahan lama
– Harga berpatutan

Faedah kepada kami –

Customer happy kami happy…:)



Bagaimana ingin berurusan dengan kami?


Jika anda ada masalah berkaitan dengan imac, macbook pro, macbook air dan sebagainya boleh hubungi kami pada nombor tertera di bawah :


03-77316761 (Pejabat)

atau boleh terus emelkan kepada kami masalah yang dihadapi di :


info@okcomputersolution.net


Satu Malaysia kami sanggup turun untuk membantu anda semua.

TESTIMONI

Dibawah adalah beberapa imac yang telah direpair oleh kami:-








Leave a Reply

X