Jika anda menggunakan Windows 7 keatas, artikel ini adalah sangat penting untuk anda
Amaran ini keluar hanya pada pengguna windows 7.
Ianya banyak kebaikan bagi pengguna yang mungkin tidak sedar akan ketahanan battery laptop mereka.
Di entry ini kami akan menerangkan tentang pemasalahan begini.
Windows 7 mempunyai keupayaan untuk memberitahu pada anda apabila bateri anda tidak lagi berupaya untuk cas penuh.
Apabila bateri anda sudah mencapai 40 peratus daripada kapasiti asal (iaitu, ia hanya boleh mengecas 40 peratus atau kurang daripada kebiasaannya), Windows secara automatiknya akan memaklumkan pada anda yang mengatakan “Consider replacing your battery”.
Windows melaporkan maklumat ini terus dari bateri laptop anda.
Dan hanya akan melihat pemberitahuan ini apabila bateri melaporkan ia tidak dapat bertahan lebih daripada 40% daripada caj penuh.
Pemberitahuan ini adalah baru dalam Windows 7.
Di awal versi Windows seperti Windows Vista, Windows XP dan sebelumnya, tidak akan memberitahu kepada anda apabila bateri anda akan rosak atau telah pun rosak.
Jika anda baru sahaja menaik taraf laptop anda kepada Windows 7 dan menerima pemberitahuan ini, ia mungkin bermakna bahawa anda perlu untuk menggantikan bateri anda.
Jika anda tidak mahu untuk menerima hakikat tentang pemberitahuan ini, anda boleh untuk mematikan pemberitahuan ini pada meter bateri.
Kenapa bateri boleh rosak
Bagaimana untuk mengelakkan daripada bateri rosak
Macam mana nak mengenali bateri itu ORIGINAL atau OEM.
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter
Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Zaim Halib
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Macam mana kalau battery '(0%) plugged in but not charging'? Adakah patut tukar battery? Atau ada solution? Laptop Acer