Hampir 70% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model Compaq Presario CQ40 mempunyai masalah yang sama iaitu boleh on tetapi tiada visual di skrin.
Punca masalah
Selalunya masalah ini berpunca dari chipset nvidia atau chipset ATI yang dah rentung terbakar
Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien
Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun
Bagaimana hendak mengelak masalah ini? Sila klik sini
Bagaimana mengesan compaq presario CQ40 saya ada masalah motherboard?
Antara tanda-tanda motherboard rosak adalah seperti Auto Shutdown, Auto Restart. Tetapi jika laptop compaq presario CQ40 anda sudah tidak dapat diselamatkan
Atau dengan kata lain, bila on tak ada visual di skrin.
Nak kesan chipset grafik kat motherboard tu ada masalah boleh rujuk video laptop CQ40 salah seorang customer kami di bawah